senarai harga

Wednesday, 7 January 2015

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum semua,

Bila masuk tahun baru masihi biasanya ramai yg war2kan apa azam tahun baru, azam tahun lepas dah tercapai berapa, yg tak tercapai kenapa...

Alhamdulillah sempat dengar slot ikim ptg pukul 5.15 dalam kereta, bersama anak2 sayup2 kedengaran Ustazah Hafizah Musa....tajuk saya tak berapa pasti cuma ustazah menceritakan satu ketika dijemput menghadiri ceramah oleh ibu2 di johor waktu selepas asar sblm maghrib.

Ustazah tak tahu nk beri ceramah apa kerana short notice ibu2 ini menjemput ustazah kerana kebetulan ustazah berada di johor. Jadi ibu2 ini tanya soalan pada ustazah, apa perkara yang paling sukar utk ustazah buat/laksanakan....

Jadi ustazah ceramah berdasarkan soalan ini....apa perkara yang paling sukar dilakukan ustazah cakap bagi diri dia ialah:
1. Utk istiqamah 
2. Utk bergantung sepenuhnya dengan Allah..

Ohhh ya Allah...benar apa yg ustazah cakap tu kan....kemudian ustazah bagitau cara nk istiqamah:
1. Betulkan lidah kita..maksudnya jgn cakap bohong kerana dari lidah akan turun ke hati dan diterjemahkan melalui perbuatan.

cth: kita curi brg mak kita, kita akan ckp brg tu hilang sedangkan brg itu kita curi sebenarnya...so dari kata2 berbohong, turun ke hati dan terjemah ke perbuatan...

Utk kebergantungan kepada Allah, ustazah ckp kita selalu sebut "kalau itu, kalau ini, kalau mcm ini"
kalau tu maksudnya kita tak percaya pada Allah 100%, ya Allah memang selalu kita sebut kan...

InsyaAllah sama2 kita perbaiki sempena tahun baru...ohhh ustazah ckp biasa tahun baru hijriah kita sambut n perkukuhkan keazaman tp sekarang lebih kepada tahun baru masihi...tak pe pelan2 kita ubah....

Semoga bermanfaat....

Salam sayang..