senarai harga

Thursday, 26 June 2014

Puasa, Pantang dan Menyusu.



Puasa, Pantang dan Menyusu.

Alhamdulillah ramadhan tahun lepas berpeluang berpuasa, berpantang dan menyusu. Kelaziman biasa bila berpuasa dan menyusu baby yg baru tak blh lari dgn kerisauan susu kurang apatah lagi saat tu baru lps bersalin atau masih dalam pantang.
Saya berpeluang merasa berpantang berpuasa dan myusu pada bulan ramadhan tahun lepas. Lepas suci dari darah nifas saya berfikir blh ke nk berpuasa smbl menyusu anak yg masih kecil (belum pun sebulan) dan masih berpantang.
Kalau ikut berpantang tu tak ada masalah sgt selagi kita sihat dan suci dari nifas dah boleh utk berpuasa. Cuma bab myusu ni yg agak sukar, takut susu kurang atau xde. Ok ni tips saya masa saya buat tahun lepas:
1)      Fikiran perlu positif, positif ,positif, bnykkan doa
a.       Jangan mudah putus asa ya hanya Allah yg berkuasa atas segala2nya, sikit atau banyak, cukup atau tak susu tu Allah maha tahu maha kaya member
b.      Banyakkan zikir dan berdoa (doa surah albaqarah ayat 60) zikir tenangkan hati..mmg sukar tp pelan2
2)      Badan perlu sihat, pastikan badan kita sihat sebab lepas bersalin kan xcukup 44 hari lagi, jaga makan, dan mkn la supplemen atau jamu yg membantu kesihatan dalaman tubuh kita. Bila bdn sihat baru bdn kita blh produce susu yg berkualiti.
3)      Sokongan suami, keluarga dan rakan2. Sokongan ini perlu sgt2 perlu bila kita down kita blh cerita pada suami atau sesiapa yg blh bg nasihat naikkan semangat kita
4)      Jangan bandingkan kuantiti susu kita dgn org lain. Yg ni blh bt kan kita down. Kena ingat setiap org tak sama, badan lain2 tindakannya, rezeki berbeza2 Allah beri. Ambil semangat bila tgk org lain blh bf baby.
5)      Jaga makan dan minum. Air mmg kena cukup bg saya at least 3 liter. Mcm mana nk buat minum skit2 start dari lps maghrib smpi sahur. Saya bgn sahur awal seawal 4 pagi sebab takut baby jaga nnt ggu sahur. Bgn awal blh start minum pelan2. Biasa saya abiskan 2 liter dari pukul 4 smpi imsak. Cuba ya insya Allah blh.
a.       Makan blh cuba mkn kurma at least 7 biji. Berbuka dan bersahur, mkn nasi bila bersahur dan berbuka.
b.      Makan mkanan yg blh menambah susu bdn cth lobak putih, kucai, air logan (mana yg sesuai dgn bdn)
c.       Kalau ada lebihan kewangan blh tambah supplemen yg sesuai. Utk kesihatan badan dan menggalakkan susu ( bukan terus susu blh bnyk ya)
6)      Pam bila ada masa terluang utk menggalakkan menghasilan susu. Susu akan terhasil lbh bnyk sekiranya kita kerap mengosongkan payudara kita. Ikut badan masing2 ya. Kalau baby minum sebelah kanan dah kenyang blh pam sblh kiri utk dibuat stok. Pam 3 jam sekali kecuali kalau baby direct feeding xpe ok…
7)      Enjoy the journey of being a mother and bf…mmg mula2 agak sukar tp insya Allah hasilnya amat berbaloi…
Enjoy the moment and proud to BF your child….selamat berpuasa semua…

Salam sayang,
Azuwa Ali
Shaklee Independent Distributor
0135139077

No comments:

Post a Comment