senarai harga

Wednesday, 29 October 2014

Jangan bandingkan susu kita dgn susu org lain...

Jangan bandingkan susu kita dgn susu org lain...
 
Sejak saya menjual shaklee, ramai di kalangan yg berminat utk membeli shaklee ialah ibu2 yg menyusukan anak2 mereka. Alhamdulillah kesedaran utk menyusu sendiri anak2 telah ada dlm diri ibu2 sekalian. Cumanya ada antara mereka yg terpengaruh dengan iklan2 atau gambar2 dari penjual apabila mengambil supplemen shaklee atau yg lain susu akan meriah banyak seperti yg diiklankan.
Bukan tak boleh percaya cumanya hasil setiap individu itu berbeza2 dan bukan hanya makan supplemen susu akan automatik menjadi banyak. Banyak perkara yg perlu di beri perhatian antaranya ialah:
 
➡️pemakanan seharian kita.
Pemakanan perlu dijaga kerana ianya secara tidak langsung nutrien dlm makanan akan masuk ke dalam susu badan kita, sekiranya makanan kita berangin ianya Mungkin akan mempengaruhi bayi anda. Elakkan makanan yg berangin, yg pedas, yg memanaskan badan.
➡️minum air secukupnya sekurang2nya 3 liter sehari kerana bukan sahaja bayi memerlukan susu, badan kita sendiri memerlukan air utk proses2 perkumuhan, mengangkut makanan ke seluruhan badan dan sebagainya
➡️beri bayi minum sekerapnya lebih2 lagi semasa pantang
Ramai yg gemar beri anak botol ketika awal2 bersalin kerana lebih mudah lebih senang kerana ibu dalam proses pemulihan bersalin. Utk pengetahuan ibu2 menyusukan anak blh mempercepatkan proses pemulihan, ianya mempercepatkan proses pengecutan rahim, memulihkan dan merangsang emosi kita supaya lebih positif. Apabila anak menyusu secara direct, lebih banyak susu akan terhasil, berdasarkan konsep demand dan supply. Demand maksudnya anak menyusu, lagi kerap lagi bagus, bila lagi kerap lagi banyak susu terhasil...iaitu supply...
➡️ kosongkan payudara
Sekiranya bayi hanya menyusu pada sebelah payudara, maka pam payudara sebelah lagi. Ramai berpendapat sekiranya pam sebelah lagi nanti baby ingin minum semula, susu dh tiada atau kurang. Konsep susu dalam payudra ialah ianya akan penuh semula setiap kali payudara dikosongkan. Sekiranya payudara tidak dikosongkan slps bayi minum, sistem badan akan memproses maklumat payudara masih mempunyai susu jadi penghasilan akan berkurangan.
➡️ pam susu lebih2 lagi waktu mlm
Sekiranya ibu2 perasan susu lebih banyak pada waktu mlm, jadi ambil peluang utk mengepam susu di waktu malam terutama utk ibu2 bekerja utk membuat stok susu bg bayi anda.
➡️ ibu sihat; sihat mental dan fizikal
Jaga pemakanan seperti yg diterangkan di atas, minda ibu perlu positif, banyakkan bersabar lebih2 lagi di awal2 bersalin kerana kita sendiri masih dlm proses pemulihan, bayi kita mgkn meragam tidak mahu menyusu kerana bagi bayi itulah kali pertama di dunia luar, kali pertama menyusu jadi perlukan masa utk meyesuaikam diri.
Badan ibu perlu sihat dan disini dtgnya keperluan supplemen dalam membantu proses pemulihan dalaman dan luaran, membantu agar ibu kekal sihat dan bertenaga utk mjaga bayi, jaga diri dan utk bangun siang mlm menyusukan bayi.
➡️jgn putus asa
Bersabar la ibu, menyusu memang tidak semudah yang disangka, bayi mungkin mengamuk kerana baru pertama kali menyusu, ibu perlu bangun mlm utk menyusukan bayi 2 ke 3 kali, perlu mengepam susu, bayi bangun mlm meragam dan sbgnya....perlu kuat kuat kuat serta banyak berdoa....berdoa pada Allah kerana doa ibu itu mustajab...
 
 
Pengalaman saya sendiri, susu saya alhamdulillah cukup utk baby boy saya. Kebiasaan apabila pam saya akan dpt 5 ke 6 auns sekali pam kedua2 belah payudara. Mula2 mmg rasa down sb bila tgk di blog n dgr kawan2 ckp sekali pam dpt 10 auns, 8 auns....saya tertanya2 knp susu saya tak sebnyk itu...
Rupa2nya Percaturan Allah itu terbaik, susu saya cukup utk baby saya, stok saya bt dlm 30 botol ( lbh kurang), saya kuat kan usaha utk pam, bgn mlm pam, jaga makan dan minum. Saya xmkn makanan yg berangin, yg pedas, yg xsesuai dgn bdn saya dan baby. Saya tak minum ais kalau nk sgt seteguk dua, air sejuk saya minum tp xkerap smpi sethn lbh skit baru pelan2 saya minum. Air saya cuba sehabis boleh 3 liter sehari dan saya mmg perlu supplemen utk support pemakanan saya. Saya xmampu nk mkn lengkap setiap hari jd perlu top up dgn supplemen, plus nk bg bdn sendiri sihat. Satu lagi mkn kurma dgn kismis cuba lah....
Saya bandingkn dgn kakak saya, susu dia mmg bnyk, perah dgn tgn shj xguna pam pun dpt 8 auns lbh, supplemen pun xmkn sebab utamanya anak dia tak sihat since 3 bln lbh dpt detect platlet darah rendah, jadi doktor suggest jgn mkn jamu n supplmen sb dia bf takut effect baby. Baby dia pun start vaksin masa umur 6 bln. Jadi bayangkn....Allah bg tu sesuai dgn keadaan kita susu bnyk tp diduga anak tak sihat....( alhamdulillah sekarang dh sihat setelah sethn lbh). Nmpk tak kat situ...lain org lain dugaan...Saya alhamdulillah anak sihat cuma perlu usaha keras skit nk bf baby, jadi saya yakin, insyaAllah ibu2 semua blh...susah2 ada juga kesenangannya. Kalau xpercaya cuba la bf anak...hehe.....jom bf anak kita...jom jom...positif positif..
Sekadar perkongsian....moga bermanfaat ya....
 gambar thn lps.....2 herosssss

Salam sayang...

Azuwa Ali

No comments:

Post a Comment