Alhamdulillah ramai yg bertanya dan berminat nk cuba supplemen shaklee...tetapi apabila kita hendak mencuba sebarang supplemen proses DETOKS perlu dilakukan...
Apa itu detoks dan kenapa perlu detoks..???
Detoks dalam bahasa mudah membuang toksin dalam badan melalui darah dalam hati (hempedu). Ada yang mendefinisikan sebagai membersihkan darah. Badan akan membuang toksin melalui buah pinggang, paru-paru, usus, limfa dan juga kulit. Walaubagaimanapun, apabila setiap organ ini tidak berfungsi secara optimum, toksin tidak betul-betul dibuang and menyebabkan setiap sel dalam badan terganggu.
Mengapa perlu DETOKS?
Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak berfungsi dengan baik.
Akibatnya toksin berpotensi membahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit.
DETOKS memberi manfaat kepada tubuh kerana:-
1. Organ badan boleh "direhatkan" buat sementara waktu
2. Membantu hati membuang toksin dalam badan
3. Membantu pengeluaran toksin pada usus, buah pinggang dan kulit
4. Membaiki peredaran darah
5. Organ tubuh lebih efektif menyerap nutrien makanan
Bila perlu DETOKS
Secara umum badan perluu detoks sekurang-kurangnya setahun sekali. Namun oleh kerana keadaan persekitaran kita yang kotor dan tercemar serta sumber makanan dan gaya pemakanan tidak sihat membuatkan kita perlu melakukan proses detoks sekerap mungkin.
Anda digalakkan melakukan Detoks sekiranya mempunyai simptom seperti berikut:-
1. Rasa lesu yang tidak tahu puncanya
2. Masalah kulit
3. Alergi
4. Mata sembap atau "eye bags" di bawah mata
5. Kembung perut
6. Masalah mensturasi (menstrual problems)
7. Kekeliruan mental
Bagaimana memulakan DETOKS?
Dicadangkan mengurangkan pengambilan makanan bertoksin sebagai contoh kurangkan alkohol, kopi atau kaffien, rokok, gula diproses dan lemak tepu dimana ianya menambah lagi toksin sedia ada dalam badan. Selain itu kurangkan penggunaan "chemical-based product" untuk barangan pencuci rumah dan produk kecantikan serta kesihatan seperti pencuci muka, syampu, deodaran, ubat gigi, pencuci pinggan dan lain-lain. Sekiranya boleh tukarkan kepada produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan atau "natural based product".
Satu lagi faktor yang mempengaruhi kesihatan yang baik ialah paras tekanan atau"stress" dimana apabila stress badan akan mengeluarkan hormon. Sekiranya hormon ini dikeluarkan secara berlebihan ianya akan menyebabkan toksin terbina dalam badan dan melambatkan proses detoks dalam hati. Senaman antara cara terbaik mengurangkan stress selain berzikir dan membaca Al-Quran.
Cara untuk kekalkan DETOKS badan.
1. Banyakkan makan makanan berserat contohnya beras perang dan buah-buahan serta sayuran organik. Makan makanan yang membantu proses detoks seperti brokoli, kobis, sea weed dan macam-macam lagi yang sesuai dengan badan kita.
2. Cuci dan lindungi hati kita dengan mengambil supplemen yang sesuai.
3. Ambil Vitamin C kerana ianya membantu badan menghasilkan "glutathione", bahan dalam hati yang membantu pembuangan toksin.
4. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.
5. Bernafas secara teratur dan perlahan-lahan agar oksigen masuk secara efektif ke dalam badan.
6. Menangani tekanan atau stress dengan cara lebih baik. Sentiasa positif.
7. Melakukan senaman
Ingin mencuba suppemen Shaklee utk DETOKS badan anda...boleh cuba rangkaian produk DETOKS Shaklee antaranya Alfalfa, Herblax dan DTX Complex.
"Detoxification works because it addresses the needs of individual
cells, the smallest units of human life," says Peter Bennett, N.D.,
co-author of 7-Day Detox Miracle with Stephen Barrie, N.D., and Sara Faye.
AZUWA ALI
0135139077


Baguskan ambil supplemen ini, automatik detoks badan kita :)
ReplyDelete