Jangan bandingkan susu kita dgn susu org lain...
Sejak
saya menjual shaklee, ramai di kalangan yg berminat utk membeli shaklee
ialah ibu2 yg menyusukan anak2 mereka. Alhamdulillah kesedaran utk
menyusu sendiri anak2 telah ada dlm diri ibu2 sekalian. Cumanya ada
antara mereka yg terpengaruh dengan iklan2 atau gambar2 dari penjual
apabila mengambil supplemen shaklee atau yg lain susu akan meriah banyak
seperti yg diiklankan.
Bukan tak boleh percaya cumanya hasil
setiap individu itu berbeza2 dan bukan hanya makan supplemen susu akan
automatik menjadi banyak. Banyak perkara yg perlu di beri perhatian
antaranya ialah:
➡️pemakanan seharian kita.
Pemakanan
perlu dijaga kerana ianya secara tidak langsung nutrien dlm makanan
akan masuk ke dalam susu badan kita, sekiranya makanan kita berangin
ianya Mungkin akan mempengaruhi bayi anda. Elakkan makanan yg berangin,
yg pedas, yg memanaskan badan.
➡️minum air secukupnya
sekurang2nya 3 liter sehari kerana bukan sahaja bayi memerlukan susu,
badan kita sendiri memerlukan air utk proses2 perkumuhan, mengangkut
makanan ke seluruhan badan dan sebagainya
➡️beri bayi minum sekerapnya lebih2 lagi semasa pantang
Ramai
yg gemar beri anak botol ketika awal2 bersalin kerana lebih mudah lebih
senang kerana ibu dalam proses pemulihan bersalin. Utk pengetahuan ibu2
menyusukan anak blh mempercepatkan proses pemulihan, ianya
mempercepatkan proses pengecutan rahim, memulihkan dan merangsang emosi
kita supaya lebih positif. Apabila anak menyusu secara direct, lebih
banyak susu akan terhasil, berdasarkan konsep demand dan supply. Demand
maksudnya anak menyusu, lagi kerap lagi bagus, bila lagi kerap lagi
banyak susu terhasil...iaitu supply...
➡️ kosongkan payudara
Sekiranya
bayi hanya menyusu pada sebelah payudara, maka pam payudara sebelah
lagi. Ramai berpendapat sekiranya pam sebelah lagi nanti baby ingin
minum semula, susu dh tiada atau kurang. Konsep susu dalam payudra ialah
ianya akan penuh semula setiap kali payudara dikosongkan. Sekiranya
payudara tidak dikosongkan slps bayi minum, sistem badan akan memproses
maklumat payudara masih mempunyai susu jadi penghasilan akan
berkurangan.
➡️ pam susu lebih2 lagi waktu mlm
Sekiranya
ibu2 perasan susu lebih banyak pada waktu mlm, jadi ambil peluang utk
mengepam susu di waktu malam terutama utk ibu2 bekerja utk membuat stok
susu bg bayi anda.
➡️ ibu sihat; sihat mental dan fizikal
Jaga
pemakanan seperti yg diterangkan di atas, minda ibu perlu positif,
banyakkan bersabar lebih2 lagi di awal2 bersalin kerana kita sendiri
masih dlm proses pemulihan, bayi kita mgkn meragam tidak mahu menyusu
kerana bagi bayi itulah kali pertama di dunia luar, kali pertama menyusu
jadi perlukan masa utk meyesuaikam diri.
Badan ibu perlu
sihat dan disini dtgnya keperluan supplemen dalam membantu proses
pemulihan dalaman dan luaran, membantu agar ibu kekal sihat dan
bertenaga utk mjaga bayi, jaga diri dan utk bangun siang mlm menyusukan
bayi.
➡️jgn putus asa
Bersabar la ibu, menyusu
memang tidak semudah yang disangka, bayi mungkin mengamuk kerana baru
pertama kali menyusu, ibu perlu bangun mlm utk menyusukan bayi 2 ke 3
kali, perlu mengepam susu, bayi bangun mlm meragam dan sbgnya....perlu
kuat kuat kuat serta banyak berdoa....berdoa pada Allah kerana doa ibu
itu mustajab...
Pengalaman saya sendiri, susu saya
alhamdulillah cukup utk baby boy saya. Kebiasaan apabila pam saya akan
dpt 5 ke 6 auns sekali pam kedua2 belah payudara. Mula2 mmg rasa down sb
bila tgk di blog n dgr kawan2 ckp sekali pam dpt 10 auns, 8
auns....saya tertanya2 knp susu saya tak sebnyk itu...
Rupa2nya
Percaturan Allah itu terbaik, susu saya cukup utk baby saya, stok saya
bt dlm 30 botol ( lbh kurang), saya kuat kan usaha utk pam, bgn mlm pam,
jaga makan dan minum. Saya xmkn makanan yg berangin, yg pedas, yg
xsesuai dgn bdn saya dan baby. Saya tak minum ais kalau nk sgt seteguk
dua, air sejuk saya minum tp xkerap smpi sethn lbh skit baru pelan2 saya
minum. Air saya cuba sehabis boleh 3 liter sehari dan saya mmg perlu
supplemen utk support pemakanan saya. Saya xmampu nk mkn lengkap setiap
hari jd perlu top up dgn supplemen, plus nk bg bdn sendiri sihat. Satu
lagi mkn kurma dgn kismis cuba lah....
Saya bandingkn dgn
kakak saya, susu dia mmg bnyk, perah dgn tgn shj xguna pam pun dpt 8
auns lbh, supplemen pun xmkn sebab utamanya anak dia tak sihat since 3
bln lbh dpt detect platlet darah rendah, jadi doktor suggest jgn mkn
jamu n supplmen sb dia bf takut effect baby. Baby dia pun start vaksin
masa umur 6 bln. Jadi bayangkn....Allah bg tu sesuai dgn keadaan kita
susu bnyk tp diduga anak tak sihat....( alhamdulillah sekarang dh sihat
setelah sethn lbh). Nmpk tak kat situ...lain org lain dugaan...Saya alhamdulillah anak sihat cuma perlu usaha keras
skit nk bf baby, jadi saya yakin, insyaAllah ibu2 semua blh...susah2
ada juga kesenangannya. Kalau xpercaya cuba la bf anak...hehe.....jom bf
anak kita...jom jom...positif positif..
Sekadar perkongsian....moga bermanfaat ya....
gambar thn lps.....2 herosssss
Salam sayang...
Azuwa Ali



