senarai harga

Wednesday, 3 December 2014

Vitamin C....jom baca



ANTARA SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C :
Mudah dijangkiti selesema
Mudah tertekan ( stress )
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik ( terutama di bahagian bibir )
Tapak kaki keras dan kasar
Mudah bersin
Luka yang lambat sembuh
Wajah kusam dan tidak bermaya
Mudah dapat ulcer
Mudah demam
Penyakit Skurvi ( tubuh berasa lemah )
Gusi mudah berdarah setiap kali digosok
CARA MUDAH UNTUK MENGESAN KEKURANGAN VITAMIN C
Cuba goreskan kulit tangan dengan menggunakan kuku sendiri. Jika ia menghasilkan satu garisan warna putih yang jelas dan nyata dilihat, maka itu tandanya anda kekurangan Vitamin C yang ketara.
JIKA SIMPTOM DIATAS ADA PADA ANDA, INI BERMAKNA YANG ANDA MEMANG KEKURANGAN VITAMIN C !
Secara ringkasnya....
Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi ; sejenis penyakit yang meyebabkan lemah seluruh badan, anema dan adema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.
MENGAPA PERLU MENGAMBIL VITAMIN C SETIAP HARI ???
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C atau lebih dikenali sebagai vitamin larut air. Vitamin C juga tidak boleh disimpan dalam badan untuk jangka masa panjang. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh sama terutama sekali melalui air kencing. Selain itu, ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu, akibat daripada sesetangah jenis bahan tambahan dalam makanan, bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.
Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan Vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini.
Perokok dan mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan Vitamin c.
Umum tahu kebaikan Vitamin C dan di sini saya ingin berkongsi banyak lagi kegunaan vitamin C dalam kehidupan kita.
Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihat
Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
Melindungi daripada jangkitan terutama jangkitan selesema, serta meningkatkan imuniti.
Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon antistress.
Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
Merawat jangkitan saluran kencing.
Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Pembentukan gigi,tulang,tisubawah kulit dan rawan yang sihat
Mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat
Mematikan radikal bebas merbahaya
Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Oleh itu, Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
KELEBIHAN VITAMIN C
Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun.
Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.
Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan (ejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan badan) sahaja.Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung, masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.
Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan sistem imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.
Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti :
Berapa banyakkah Vitamin C yang mencukupi untuk tubuh badan manusia
Apakah jenis Vitamin C yang terbaik
Adakah terdapat sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan
Dan lain-lain lagi.
FAKTA MENARIK MENGENAI VITAMIN C !
VITAMIN C mampu mencerahkan kulit wajah serta mencantikkan kulit seluruh badan.
Hanya makan sehari 1 biji agar kulit semakin cantik,tiada cela,jerawat mula mengecut,parut-parut jerawat,jerawat di belakang badan juga turut hilang.
1 tablet Vitamin C 500mg = 7 1/2 biji buah oren segar.
Selain mencantikkan kulit, Vitamin C ni sesuai bagi :
orang yang mempunyai resdung
gusi berdarah
org mengandung untuk tambahkan imun dalam badan
melawan virus dalam badan
Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
Baik untuk orang yg pernah buat operation kerana Vitamin C mampu memulihkan luka dalam badan
dan juga baik untuk PEROKOK kerana Vitamin C ini 100% halal,dijamin dan Selamat dan berkesan.


1 comment:

  1. Selain diambil setiap hari, saya juga gantikan ubat selsema dengan vitamin C :)

    ReplyDelete